AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS MELALUI TEKNIK LATIH TUBI

MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA

TARIKH : 9 MEI 2014 (JUMAAT )

MASA : 1.50 -2.50 PETANG

SASARAN MURID : 15 ORANG

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS MELALUI TEKNIK LATIH TUBI

MASALAH : 
  1. Kesilapan menulis huruf berekor - (g, j, p, q, y)
  2. Kesilapan menulis huruf bertiang / tinggi - (b, d, f, h, k, l, t)


AKTIVITI PENGAJARAN

SET INDUKSI (AKTIVITI 1)
  1. Guru menunjukkan kad perkataan bergambar yang mempunyai huruf berekor dan juga bertiang.
  2. Guru mengaitkan set induksi dengan topik pelajaran hari ini.

AKTIVITI 2
  1. Murid mendengar penerangan guru tentang bentuk-bentuk huruf berekor dan juga bertiang dengan bantuan paparan skrin.
  2. Murid bersaol jawab dengan guru tentang bentuk dan kedudukan huruf-huruf tersebut.

AKTIVITI 3
  1. Gerak kerja aktiviti pengukuhan.
  2. Murid menulis huruf berekor dan bertiang melalui paparan yang diperlihatkan pada skrin ke dalam buku latihan mereka.
  3. Ulasan dan pembetulan dijalankan dalam masa yang sama murid menulis huruf.
  4. Ganjaran diberikan kepada murid yang boleh menulis huruf berekor / bertiang dengan baik.

PENUTUP
  1. Murid diingatkan sekali lagi tentang kepentingan mengetahui kedudukan huruf berekor atau bertiang.
  2. Murid diperdengarkan dengan lagu "a,e,i,o,u' dan menyanyi bersama-sama.


No comments:

Post a Comment